Wajarkah Malaysia menyemak kes Batu Puteh?

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wajarkah-malaysia-menyemak-kes-batu-puteh-131277

Mohd Hazmi Mohd Rusli

Wajarkah Malaysia menyemak kes Batu Puteh?
Keputusan mengenai pemilikan Batu Puteh meninggalkan kesan besar ke atas pembahagian sempadan maritim di rantau ini. – Gambar fail/Reuters

MAHKAMAH Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah membuat keputusan untuk menyerahkan Batu Puteh (Pedra Branca) kepada Singapura pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, kedaulatan ke atas Batuan Tengah (Middle Rocks), batuan maritim yang terletak lebih kurang 1km dari Batu Puteh diputuskan milik Malaysia.Keputusan ini meninggalkan kesan besar ke atas pembahagian sempadan maritim di rantau ini dan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat Malaysia, Singapura dan dunia global.

Pada pertengahan tahun 2014, Sultan Johor telah membuat cadangan agar suatu pasukan khas ditubuhkan untuk membuat semakan terhadap keputusan ICJ pada tahun 2008. Terbaru, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah pun mengesahkan bahawa Malaysia telah memfailkan permohonan semakan ke ICJ pada 2 Februari 2017.

Peta menunjukkan kedudukan Pulau Batu Puteh yang menimbulkan pertikaian. - Gambar fail
Peta menunjukkan kedudukan Pulau Batu Puteh yang menimbulkan pertikaian. – Gambar fail

Sejarah

Kesultanan Johor adalah salah satu kesultanan yang paling lama wujud di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1528, Johor muncul sebagai kuasa Melayu terulung pada kurun ke-tujuh belas Masihi membentuk empayar maritim yang membentang menguasai perairan Selat Melaka dan Selat Singapura, dari Perak di utara sehingga kepulauan Lingga di selatan.

Tidak seperti negeri-negeri Melayu lain yang menjadi naungan Siam ataupun British, kedaulatan Johor diakui oleh Ratu Victoria sewaktu pemerintahan Maharaja Abu Bakar pada tahun 1886. Ratu Victoria menganggap Maharaja Abu Bakar sebagai seorang teman rapat baginda yang sangat dihormati. Atas sebab persahabatan dua kerajaan ini jugalah Johor mampu mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914 apabila seorang penasihat British dilantik untuk menasihati baginda Sultan Johor dalam selok belok pentadbiran.

Pada tahun 1957, Johor adalah salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaya yang merdeka dan seterusnya, negeri komponen Malaysia pada tahun 1963.

Kedaulatan Johor diiktiraf oleh ICJ pada tahun 2008 apabila Batu Puteh diputuskan bukan terra nullius atau tanah tidak bertuan, tetapi adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Johor.Batu Puteh terletak kira-kira 7 nautika batu dari titik tenggara persisiran Johor dan lebih kurang 25 batu nautika dari titik paling timur Pulau Singapura.

Peta 1. Lokasi Batu Puteh

Kini, telah sembilan tahun ICJ mengakui kedaulatan Singapura ke atas Batu Puteh. Malaysia gagal meyakinkan ICJ pada tahun 2008 kerana badan kehakiman antarabangsa itu berpendapat bahawa terdapatnya kependudukan efektif (effective occupation) oleh Singapura dan ini dikuatkan lagi dengan sepucuk surat yang diisukan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1953 yang dikatakan telah melepaskan kedaulatan Johor ke atas Batu Puteh kepada kerajaan British di Singapura.

Walaupun Malaysia memiliki Batuan Tengah, kedaulatan ke atas Tubir Selatan (South Ledge) belum lagi ditentukan oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.

Semakan Semula

Artikel 94 Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengkehendaki semua negara anggota untuk mematuhi keputusan ICJ yang melibatkan mana-mana negara yang bersetuju untuk ke ICJ. Sesebuah negara tidak boleh mengheret mana-mana negara ke ICJ tanpa kebenaran negara tersebut.

Artikel 60 Statut ICJ menjelaskan bahawa ‘keputusan adalah muktamad tanpa rayuan’. Walaubagaimanapun, Artikel 61(1) Statut ICJ membenarkan mana-mana negara anggota untuk membuat permohonan semakan dalam tempoh 10 tahun setelah keputusan dibuat sekiranya terdapat bukti baru yang boleh dikemukakan.

Walaupun Malaysia memiliki Batuan Tengah, kedaulatan ke atas Tubir Selatan (South Ledge) belum lagi ditentukan oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.
Walaupun Malaysia memiliki Batuan Tengah, kedaulatan ke atas Tubir Selatan (South Ledge) belum lagi ditentukan oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.

Kes Kuil Preah Vihear

Kuil Preah Vihear adalah contoh kes ICJ yang dibuka semula. Preah Vihear adalah sebuah kuil Hindu lama dari zaman Empayar Khmer di abad ke sebelas Masihi. Akibat daripada perebutan ke atas pemilikan kuil tersebut di antara Kemboja dan Thailand, kedua-dua negara telah bersetuju untuk membawa kes ini ke ICJ.Pada tahun 1962, ICJ telah membuat keputusan bahawa bangunan kuil tersebut di bawah kedaulatan kerajaan Kemboja. Berang dengan keputusan tersebut, masyarakat Thai telah membuat beberapa demonstrasi besar-besaran sebagai tanda protes terhadap keputusan ICJ ini.Namun, beberapa bulan kemudian, kerajaan Thai mula beralah dan kerajaan Kemboja, sebagai tanda kerukunan negara tetangga, membenarkan rakyat Thai untuk melawat kuil tersebut tanpa prosedur imigresen yang rumit. Preah Vihear telah tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2008.

Keputusan ICJ pada tahun 1962 meninggalkan persoalan yang tidak terjawab – memang benar bangunan kuil tersebut milik Kemboja tetapi bagaimana pula dengan kedaulatan ke atas tanah yang bersambung dengan tapak kuil itu? Konflik ini sekali lagi menimbulkan kekacauan dan keganasan sehingga melibatkan pertempuran bersenjata pada tahun 2008 dan melarat sehingga 2011.

Kes ini kemudiannya di buka semula di ICJ dan pada tahun 2013, ICJ memutuskan kawasan di sekeliling dan di bawah kuil tersebut milik Kemboja dan meminta kerajaan Thai untuk mengeluarkan tentera mereka dari kawasan tersebut.Kes Batu Puteh dan Preah Vihear memang tidak sama tapi serupa – ICJ hanya membuat keputusan menentukan kedaulatan ke atas Preah Vihear dan bukan tanah di sekelilingya. Dalam kes Malaysia-Singapura, ICJ hanya menetapkan kedaulatan ke atas Batu Puteh dan bukannya kawasan perairan di sekitarnya.Satu lagi persamaan di antara kedua-dua kes ini adalah terkait soal implikasi perhubungan diplomatik kedua-dua negara – akan wujudkah rasa kurang percaya atau ‘trust deficit’ kelak sepertimana keruhnya hubungan Thailand dan Kemboja sekiranya kes ini disemak semula?

Implikasi Semakan

Apabila kes Preah Vihear diputuskan pada tahun 1962 dan 2013, terdapat rasa tidak puas hati dikalangan rakyat serta pemerintah kedua-dua negara sehingga melibatkan sengketa ketenteraan.

Sewaktu berlakunya pertelingkahan kedaulatan Malaysia-Indonesia ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan pada tahun 2002, Malaysia dan Indonesia telah bersetuju menyelesaikan kes ini di ICJ dan ICJ telah membuat keputusan untuk menyerahkan kedaulatan ke atas pulau-pulau ini kepada Malaysia.Keputusan ini telah sedikit sebanyak merosakkan perhubungan baik Malaysia-Indonesia mengakibatkan berlakunya defisit kepercayaan di kalangan masyarakat dan ahli-ahli politik di Indonesia terhadap Malaysia.Banyak kali di media Indonesia pada waktu itu memainkan sentimen memburukkan Malaysia dengan menyatakan Malaysia telah ‘mencuri’ pulau-pulau Indonesia, selain daripada ‘mencuri’ kebudayaan Indonesia.

Malah, kebencian masyarakat Indonesia terhadap Malaysia memuncak pada tahun 2009 apabila sesetengah daripada mereka bertindak ‘sweeping’ rakyat Malaysia di kota Jakarta. Baru sekarang ini hubungan di antara kedua-dua negara memulih dan menjadi baik seperti sediakala.Sentimen yang sama berlaku pada tahun 2008 sewaktu Singapura berjaya mendapatkan Batu Puteh. Banyak pihak di Malaysia yang tidak berpuas hati dengan negara republik itu dan beranggapan bahawa Batu Puteh tetap milik Malaysia.

Perbincangan Bilateral

Meskipun benar ICJ adalah mekanisme perundangan antarabangsa yang boleh menyelesaikan masalah antara negara-negara, ia mungkin bukan mekanisme terbaik untuk menghentikan pertelingkahan-pertelingkahan akibat daripada keputusan yang telah dibuat oleh badan perundangan ini.

Sebagai contoh, pada tahun 2008, ICJ telah menetapkan Batu Puteh milik Singapura tetapi bagaimana pula dengan kawasan sekitarnya?Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah terjadi pada kes Preah Vihear, Sipadan-Ligitan dan Batu Puteh, mungkin adalah lebih baik bagi Malaysia dan Singapura menyelesaikan masalah mereka berhubung Batu Puteh menerusi perbincangan bilateral.Selain itu, tidak seperti penyelesaian masalah menerusi ICJ yang bakal mendatangkan keputusan kalah-menang, perbicangan bilateral boleh diaturkan untuk memenangkan kedua-dua pihak.

Kesimpulan

Memang benar Johor memiliki pemilikan bersejarah ke atas Batu Puteh. Namun begitu, keputusan ICJ pada tahun 2008 adalah muktamad dan Batu Puteh sekarang milik Singapura. Malaysia telah melakukan suatu tindakan yang berani dengan membuat semakan semula ke atas kes Batu Puteh ini melalui penemuan bukti-bukti baru yang menunjukkan Batu Puteh milik Malaysia. Malaysia masih lagi berhak untuk membuat semakan kerana tempoh waktu belum lagi melebihi 10 tahun.

Sekiranya bukti-bukti baru ini adalah cukup kuat, keputusan Malaysia untuk menyemak semula kes ini sangat dialu-alukan. Jika Putrajaya berjaya mendapatkan semula Batu Puteh, tidak lagi timbul pertikaian sempadan maritim di antara Malaysia dan Singapura di bukaan timur Selat Singapura ke arah Laut China Selatan, yang juga merupakan laluan utama kapal-kapal dagang merentasi rantau ini. Malaysia hanya perlu berkongsi wilayah maritim ini dengan Indonesia yang memiliki Pulau Bintan di selatan Batu Puteh.

Namun, sekiranya keputusan kekal sama seperti 2008, Malaysia akan berada di kedudukan yang merugikan dan mungkin juga meletakkan negara di dalam kedudukan yang sulit untuk membuat perbincangan bilateral lanjutan dengan Singapura mahupun Indonesia bagi menyelesaikan masalah tuntutan bertindih di kawasan Batu Puteh. Kekecewaan di kalangan rakyat dan pemerintah negara juga pasti akan menimbulkan defisit kepercayaan terutamanya dengan Singapura.

Wajarkah Malaysia menyemak kes Batu Puteh – ianya hanya wajar sekiranya bukti-bukti baru yang ditemukan cukup untuk membuat perubahan positif yang berpihak kepada negara. Moga pisang tidak berbuah dua kali.


*Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah berkelulusan LLB dan MCL dari IIUM dan berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia serta sebagai seorang profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia.

*Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

io games unblocked unblocked games google sites fnaf unblocked github yohoho unblocked github.io unblocked games krunker.io drive mad 1v1.lol classroom 6x unblocked io games unblocked io games
ankara escort
Kilit taşı fiyatları Kilit taşı Parke taşı Parke taşı fiyatları
Free Porn
noe som gir en fantastisk blow job fanget
bure ngono tovuti ngono na Interracial Porn Video Kwa Kura ya kutomba Horny
ฟรีผู้หญิงออกเดทออนไลน์เพื่อร่วมเพศทางปากและมีเพศสัมพันธ์ทางปากเช่นเดียวกับการอมลึกคอหอย
trang web hẹn hò trực tuyến nơi người đàn ông trưởng thành đụ cô gái còn trinh trong âm hộ ướt át và chặt chẽ của cô ấy
enjoy the most exciting amateur blowjob deepthroat with balls licking and rimming
pornhd.mobi

istanbul izmir şehirler arası evden eve nakliyat

istanbul izmir evden eve nakliyat

istanbul bodrum evden eve nakliyat

istanbul fetihye evden eve nakliyat

bodrum evden eve nakliyat

istanbul izmir şehirler arası evden eve nakliyat

istanbul izmir evden eve nakliyat

istanbul bodrum evden eve nakliyat

istanbul fetihye evden eve nakliyat

bodrum evden eve nakliyat

deneme bonusu deneme bonusu veren siteler
İstanbul İzmir nakliyat İstanbul İzmir evden eve nakliyat ümraniye evden eve nakliyat ümraniye nakliyat kağıthane evden eve nakliyat kağıthane nakliyat çekmeköy nakliyat çekmeköy evden eve nakliyat
deneme bonusu veren siteler deneme bonusu
1win 1win 1win melbet megapari megapari
Ankara Escort
https://vi.djav.org/video/bộ-ngực-to-lớn-hấp-dẫn-trẻ-sơ-sinh-đột-quỵ-và-bị-say-212.html
https://he.xvix.eu/
https://fr.xnxxporns.com/search/spangbang/
https://bestporn2022.com/search/teamstee/
https://de.bestporn2023.com/search/pirnhub/
https://fi.bigassmonster.com/search/tiukka+pillu/
https://sw.only-brunettes.com/video/kuna-kazi-ya-kupuliza-ambayo-inaongoza-kwa-kutombana-kwa-punda-kwa-nyota-moto-wa-kuchekesha-na-ngono-ya-vijana-curvy-lena-paul-huku-matumbo-yake-makubwa-yakidunda-kwa-mkundu-mgumu.-1173.html
https://vi.onlyteens.porn/video/chị-kế-còn-trinh-của-tôi-yêu-cầu-tôi-ăn-âm-hộ-của-cô-ấy-nhưng-tôi-đã-bóp-nát-âm-hộ-của-cô-ấy-1864.html
https://vi.teensexonline.com/video/một-phụ-nữ-trẻ-gợi-cảm-tự-quan-hệ-và-rung-âm-hộ-của-mình-mạnh-hơn-bằng-máy-rung.-514.html
betforwardperir.xyz betforward-shart.com betforward.com.co 1xbete.org 1xbet-ir1.xyz 1xbet-1xir.com takbetir2.xyz yasbetir1.xyz 1betcart.com 1kickbet1.com 4shart.com hattrickbet1.com hazaratir.com winbet-bet.com manotobet.net betfa.cam 2betboro.com
evden eve nakliyat
kazansana
https://www.fapjunk.com https://pornohit.net