USIM terpilih dalam Program Pertukaran Pelajar dengan Universitas Terkemuka di Indonesia

USIM terpilih dalam Program Pertukaran Pelajar dengan Universitas Terkemuka di Indonesia – Universiti Sains Islam Malaysia

By StraComm USIM [Umaina]|March 15th, 2024|Campus NewsNews

INDONESIA – Seramai 10 orang mahasiswa dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (USIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat peluang keemasan untuk menyertai program pertukaran pelajar dengan tajaan penuh oleh Kerajaan Indonesia.

Bermula 25 Februari hingga 8 Mac 2024, mahasiswa USIM yang mengikuti kursus mobiliti pendek yang dikenali sebagai Brawijaya International Student Mobility Program (BISMA) merupakan julung kalinya anjuran Universitas Brawijaya (UB) di Kota Malang, Indonesia.

Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, Pensyarah FSU USIM yang juga merupakan profesor pelawat UB berkata, program ini adalah hasil dari penganjuran edutourism ASEAN CLASSROOM (ACL) yang dikelola oleh International Law Unit (ILU), USIM di bawah pimpinan beliau. ACL telah mendapat perhatian BERNAMA TV menerusi wawancara ‘Apa Khabar Malaysia’ pada bulan September 2023, menunjukkan keberkesanan edutourism sebagai platform untuk memperkenalkan USIM dan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau lagi, berbeza dengan program mobiliti lain, program ini ditanggung sepenuhnya dari segi pengangkutan dan kemudahan lain oleh UB, tanpa sebarang peruntukan perbelanjaan oleh USIM.

“UB juga merupakan salah sebuah universiti terbaik di Indonesia, dan para pelajar diberi peluang untuk berbincang dan berinteraksi dengan Pusat Bantuan Guaman Fakultas Hukum UB, sekaligus menjadikan pertukaran adat dan budaya antara Malaysia dan Indonesia ini lebih berkesan”.

Program ini tidak hanya memberi penekanan kepada pengajaran dalam bilik kuliah tetapi juga menyediakan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Warisan Kota Kampoeng Kajoetangan dan Taman Negara Gunung Bromo Tengger Semeru di Indonesia. Selain itu, peserta juga diperkenalkan kepada proses pembuatan kerepek tempe di Kilang Tempe Rohani.

Sementara itu, tiga (3) lagi pensyarah dari FSU, dijemput sebagai panel dalam program ‘profesor pelawat’ di UB bagi menyampaikan kuliah tentang undang-undang antarabangsa seperti undang-undang laut, jenayah antarabangsa, perdagangan antarabangsa, dan bio-keselamatan kepada pelajar di UB. Mereka adalah Dr. Amalina Ahmad Tajudin, Dr. Noor Dzuhaidah Osman, dan Dr. Fareed Mohd Hassan.

Program mobiliti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta dari USIM dan UB, tetapi juga menjadi platform untuk kedua-dua universiti memperkukuhkan reputasi di peringkat global. Ini jelas menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap USIM oleh salah satu universiti terunggul di Indonesia, iaitu Universitas Brawijaya.

Galabet Portobet Deneme Bonusu Galabetguncelgirisi Galabetonlinecasino Galabetonlineslotoyna