Dr Hazmi satu-satunya pensyarah Asia ke persidangan Maritim AS

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-hazmi-satusatunya-pensyarah-asia-ke-persidangan-maritim-as-118320

Dr Hazmi satu-satunya pensyarah Asia ke persidangan Maritim AS
Dr Hazmi memberi ucapan di seminar tersebut di Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, AS. – Semua foto dari Hazmi Mohd Rusli

Pensyarah Kanan dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Hazmi Mohd Rusli menjadi satu-satunya pensyarah universiti Asia yang dijemput ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat.Jemputan itu adalah bagi menyampaikan ceramah berkaitan alam sekitar marin di laluan dagangan utama yang sibuk.

Menurut Dr Hazmi, seminar itu juga bertujuan bagi berkongsi kepakaran dan pandangan mengenai isu penjagaan alam sekitar marin di laluan perkapalan yang sibuk seperti di Selat Melaka dan juga laluan perkapalan artik utara merentasi Rusia, Kanada dan AS.”Jemputan ini juga sebagai tanda dunia mengiktiraf kepakaran dari Malaysia dalam mengimbangi aktiviti perkapalan yang sibuk di Selat Melaka dan pada masa yang sama berjaya mengawal pencemaran alam sekitar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Hazmi menghadiri seminar itu pada 24 hingga 27 Sept tempoh hari di Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan AS.

Prof Hazmi menghadiri seminar tersebut di Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, AS.
Prof Hazmi menghadiri seminar tersebut di Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, AS.

Kata beliau, jemputan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya dan USIM sebagai pusat rujukan pengajian undang-undang laut antarabangsa dan juga untuk Malaysia, sebagai sebuah negara yang sudah mengorak langkah dalam bidang ini.”AS sangat mengagumi kemampuan Malaysia dalam bagaimana negara dapat mengawal aktiviti perkapalan Selat Melaka yang melibatkan laluan lebih 80,000 kapal perdagangan, sedangkan di Artik hanya melibatkan 1,000 kapal dagangan.

“Ini membuktikan pakar-pakar tempatan sudah diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa oleh negara-negara maritim utama seperti Rusia, AS dan Jepun,” katanya.

Antara panel yang dijemput
Antara panel yang dijemput

Di masa hadapan, beliau berkata AS dalam perancangan menyediakan peruntukan kepada Malaysia dalam melakukan lebih banyak kajian melibatkan laluan dagangan yang sibuk.


Dr Hazmi pada tahun 2014 dan 2015, pernah diundang oleh kerajaan Rusia sebagai Profesor Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia. Perjalanan beliau ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Rusia.

Beliau juga pernah berkhidmat di Timor-Leste sebagai Pensyarah Pelawat di Universidade Nacional Timor Lorosa’e pada Mei 2015 dan September 2016.

Galabet Portobet Deneme Bonusu Galabetguncelgirisi Galabetonlinecasino Galabetonlineslotoyna