Hebat! Anak Malaysia Jadi Pensyarah Di Rusia

BUKAN sahaja wakil dari Malaysia, malah mewakili Asia Tenggara individu pertama menjadi pensyarah jemputan di School of Law, Far Eastern Federal Federal University (FEFU), di Vladivostok, Rusia.

Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, 36 tahun, menjadi pensyarah pelawat atas kepakaran beliau dalam undang-undang laut antarabangsa terutama di Selat Melaka dan Singapura.

Lapor Astro Awani, kepakarannya diperlukan bagi mengembangkan sistem undang-undang laut di Rusia.

“Bermula daripada kajian PhD saya mengenai alam sekitar marin dan navigasi antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Singapura, pihak FEFU tertarik mengembangkan perundangan antarabangsa dan penjagaan alam sekitar di Lautan Artik,” kata beliau yang juga seorang pensyarah kanan undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut beliau lagi, kajiannya mengenai undang-undang laut antarabangsa dan perlindungan alam sekitar yang telah pun diterbitkan dalam bentuk buku menjadi tiket beliau diterima ke universiti tersebut.

Malah, kajian-kajiannya yang lepas akan turut dikembangkan di Rusia, selain beliau berpeluang untuk meluaskan kajian dan penulisan berkenaan perlindungan alam sekitar di laluan perkapalan Artik.

Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, kepercayaan yang diberikan oleh FEFU merupakan satu penghormatan kepada sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

“Rusia turut mengagumi negara kita kerana Malaysia bukan sahaja sebuah negara maritim yang besar tetapi kita berupaya mengawal aktiviti perkapalan dan melindungi alam sekitar di kawasan Selat Melaka.

“Tanpa kepakaran daripada Malaysia, ekonomi dunia akan terganggu kerana Selat Melaka merupakan antara laluan perkapalan yang tersibuk di dunia,” jelas Hazmi yang telah dijemput sebagai pensyarah pelawat sebanyak empat kali berturut-turut di FEFU.

Sebanyak tiga syarahan disampaikan di Rusia bermula 2 Mac hingga 9 Mac ini.

Beliau akan menyampaikan syarahan mengenai isu jerebu yang berlaku di Asia Tenggara, serta mengambil peluang tersebut untuk mempromosikan Malaysia kepada masyarakat dunia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Galabet Portobet Deneme Bonusu Galabetguncelgirisi Galabetonlinecasino Galabetonlineslotoyna