Pεrang Kastilla: Benteng Kedaulatan Rumpun Melayu

Pεrang Kastilla: Benteng Kedaulatan Rumpun Melayu – The Patriots

DIKEMASKINI 3 SEP 2021

Kepulauan Melayu pernah dikuasai oleh beberapa kerajaan-kerajaan lama
yang memerintah rantau ini ratusan tahun lamanya. Srivijaya adalah kerajaan maritim yang berhasil menguasai lautan melewati Asia Tenggara sehingga menjangkau Madagascar.

Kesultanan Melaka muncul pada abad ke 15 dan dalam masa kurang seratus tahun, ianya menjadi salah sebuah negara maritim terkaya di Asia Tenggara. Empayar penguasa lautan ini akhirnya rebah di tangan Portugis pada tahun 1511. Walaupun terjajah, kesultanan ini meninggalkan kesan yang mendalam sehingga nama selat tersibuk di dunia diabadikan dengan nama kesultanan ini – Selat Melaka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah kisah Melaka. Ini adalah kisah sebuah
kerajaan yang pernah menguasai lautan dari selatan Pulau Borneo sehingga ke kepulauan Filipina – Kesultanan Brunei.

Sewaktu awal penubuhannya di kurun ke 12 Masihi, Brunei adalah negara
lindungan Kerajaan Majapahit yang menguasai hampir seluruh pelusuk
Nusantara. Kejatuhan Majapahit pada kurun ke 15 Masihi membolehkan
Brunei melepaskan diri dari kekuasaan Majapahit dan secara perlahan
menjadi kuasa maritim teragung di rantau ini.

Brunei mencapai zaman keagungannya sewaktu pemerintahan Sultan Bolkiah dengan wilayah jajahannya merangkumi luasnya Pulau Borneo sehingga kepulauan Filipina.

Sepertimana Portugis ingin menguasai Melaka, penjajah Sepanyol juga
berkeinginan meletakkan Brunei di dalam jaringan jajahannya. Meledaknya Pεrang Kastilla pada tahun 1578 adalah akibat keengganan Brunei tunduk kepada penjajah Sepanyol.

Dua tahun sebelum itu, gabenor Sepanyol di Filipina Francisco de Sande telah ke Brunei untuk menghadap Sultan Saiful Rizal. Pada awalnya, pihak Sepanyol ingin menjalin hubungan baik dengan Brunei dan mendapatkan izin untuk mengembangkan agama Kristian di Brunei. Pada masa yang sama, pihak Sepanyol ingin menuntut agar syiar Islam tidak lagi dikembangkan di kepulauan Filipina.

Tuntutan-tuntutan ini menimbulkan kemurkaan Sultan dan akhirnya pihak
Sepanyol mengisytiharkan pεrang ke atas Brunei pada tahun 1578. Pada 16
April 1578, pihak Sepanyol berhasil menjajah Brunei dan merampas Kota Batu, 67 tahun selepas Portugis menawan Melaka.

Namun, orang-orang Brunei tidak mudah mengaku kalah dan berusaha
mengatur langkah mengambil semula tanahair mereka. Di bawah pimpinan Bendahara Sakam, pihak Sepanyol telah berjaya diusir keluar dari Pulau Borneo setelah hanya 72 hari menguasai Brunei sebagai sebahagian dari empayarnya.

Sekiranya penguasa Sepanyol tidak dihalau dari Brunei, Islam mungkin akan tersirna dari Pulau Borneo di bawah pentadbiran mereka. Besar kemungkinan Brunei dan wilayah Sabah di utara Pulau Borneo hari ini akan menjadi sebahagian dari Filipina pada hari ini.

Tidak seperti kerajaan-kerajaan lain di kepulauan Melayu, Brunei adalah antara yang telah berjaya menangkis penjajahan dan kekal sebagai negara yang berdaulat sehingga ianya dijadikan negara lindungan British pada tahun 1888. Brunei mencapai kemerdekaan penuh dari British pada tahun 1984.

Orang-orang Melayu, dari pelbagai kewarganegaraan, perlu lihat sejarah
Pεrang Kastilla ini sebagai manifestasi bahawa mereka memiliki jati diri yang tinggi untuk berusaha ke arah kesejahteraan. Semangat ini selari dengan laungan azan حي على الفلاح .Yang bermaksud ‘marilah menuju kejayaan”.

Ketangkasan perwira-perwira Melayu Brunei bangkit menentang dan mengusir Sepanyol, kuasa maritim terunggul di dunia pada ketika itu adalah suatu yang membangkitkan rasa kekaguman.

Walaupun Brunei tidak lagi memiliki wilayah jajahan laut yang luas seperti
dulu, ianya tetap sebuah kesultanan Melayu berdaulat yang kekal utuh tidak ditelan zaman. Brunei hari ini adalah sebuah negara kaya dan sejahtera dengan reputasi antarabangsa yang baik bukan sahaja dengan jiran-jiran terdekatnya, Indonesia, Singapura dan Malaysia tapi juga dengan negara-negara lain di dunia.

Dari sudut hubungan antarabangsa, Brunei merupakan satu-satunya negara yang rakyatnya boleh berkunjung tanpa visa ke semua negara-negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu China, Rusia, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Negara-negara rumpun Melayu lain di rantau Asia Tenggara juga tidak kurang hebatnya. Singapura adalah antara negara paling kaya mashyur sebagai pusat perdagangan dunia yang ulung. Malaysia pula, walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, terkenal dengan keamanan berkekalan terbukti menerusi pengiktirafan Indeks Keamanan Dunia yang meletakkan Malaysia di tangga ke-23 negara paling selamat di dunia pada tahun 2021, mengatasi negara-negara maju yang lain seperti Itali, Perancis, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.

Manakala Indonesia dijangka akan menjadi negara ekonomi ke-5 terbesar di dunia menjelang tahun 2024.

Benarlah kata-kata Laksamana Hang Tuah, ‘takkan Melayu hilang di dunia’.
Semoga kegemilangan Srivijaya dan Melaka yang pernah menguasai pelusuk Dunia Timur berkurun lamanya dapat terus dihidupkan semula pada masa kini.

Artikel ini dikirimkan oleh Profesor Madya Dr. Hazmi Mohd Rusli dan Aizat Bacharuddin. Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Aizat Bacharuddin adalah seorang penyelidik bebas.

Galabet Portobet Deneme Bonusu Galabetguncelgirisi Galabetonlinecasino Galabetonlineslotoyna