[KOLUMNIS] Apakah George Town benar-benar Kota Warisan Dunia?

[KOLUMNIS] Apakah George Town benar-benar Kota Warisan Dunia? | Astro Awani

Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli

November 29, 2021 11:23 MYT

[KOLUMNIS] Apakah George Town benar-benar Kota Warisan Dunia?
Tiba masanya George Town diperindah dengan lebih giat agar kota ini benar-benar terlihat gah di mata dunia sebagai kota warisan yang unggul. – Gambar fail/BERNAMA

MALAYSIA adalah bumi bertuah yang memiliki keindahan, kepelbagaian budaya dan warisan yang tidak berkesudahan. Antara tapak-tapak warisan dunia yang unggul di Malaysia adalah Taman Geopark UNESCO Langkawi, Taman Negara Gunung Mulu, Tapak RAMSAR Tanjung Piai serta Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.

Apabila seseorang itu melangkah masuk ke sesuatu kawasan warisan dunia, dia pastinya dapat menyelami keindahan, keunikan serta keajaiban tapak tersebut yang sememangnya menggamit tumpuan.

Kota George Town seharusnya memiliki ciri-ciri ini, memandangkan ianya adalah salah satu kota bersejarah di Malaysia yang telah diberikan status ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh UNESCO pada tahun 2008. Berdasarkan laman web UNESCO, kota George Town telah disenaraikan berdampingan Melaka memandangkan kedua-duanya adalah bekas negeri-negeri Selat yang ‘membentuk tatakota senibina dan kebudayaan yang tidak tertandingi oleh mana-mana kota di Asia Timur dan Asia Tenggara’ – gabungan harmoni kekayaan warisan Melayu, Cina dan India serta British.

George Town dan Melaka sememangnya kota budaya Malaysia yang kaya dengan sejarah yang indah.Melaka telah berubah mendadak sejak dua dekad yang lalu dengan reputasinya sebagai kota pelancongan Malaysia yang unggul.Sungai Melaka yang dahulunya hambar dan seakan longkang kumbahan kini telah berubah wajah menjadi tarikan utama di Melaka Bandaraya Bersejarah.Sungai Melaka berubah bagaikan ‘kolam pelbagai warna’ setiap malam.Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk mengindahkan siarkaki di sepanjang sungai dari Kuala Melaka sehingga Kampung Morten – kampung warisan yang memperlihatkan keanggunan warisan senibina Melayu.Kampung ini ibarat sebuah muzium dengan sendirinya.Selain itu, tapak-tapak warisan di Melaka seperti Jalan Hang Jebat (Jonker Street), puing-puing A’Famosa dan Bukit St. Paul serta bangunan Merah ‘Stadhuys’ telah dipelihara dan dipulihara sewajarnya bagi memperlihatkan pertembungan budaya senibina dikalangan penduduknya.Kawasan di mana warisan bersejarah ini terletak (terutamanya di antara Stadhuys sehingga ke A’Famosa) adalah bebas kenderaan bermotor dan hanya pejalan kaki dan penunggang basikal dibenarkan masuk – menjadikannya sangat ramah pelancong.Bagaimanapun, ciri-ciri ini mungkin tidak muncul di ingatan mana-mana pengunjung apabila kota George Town dibahaskan.Memang benar George Town adalah kota bersejarah yang bertaraf tapak warisan dunia.

Sebagai sebuah kota yang diberikan taraf sedemikian, seharusnya George Town dihiasi bangunan-bangunan warisan yang dipelihara dan dipulihara dengan baik, memiliki daerah pelancongan yang dihiasi lampu-lampu indah serta siarkaki yang memberikan keselesaan kepada para pengunjung.Ini jauh dari realiti memandangkan para pejalan kaki atau pengunjung terpaksa, dalam pelbagai situasi, berjalan di samping jalan raya yang mungkin berbahaya terutamanya di jalan-jalan utama yang sibuk.Sebagai sebuah kota pelancongan, George Town seharusnya dilengkapi sistem pengangkutan awam yang cekap seperti di Kuala Lumpur dan Singapura.Setelah bertahun berbangga dengan taraf sebuah kota moden di utara Semenanjung, George Town masih tidak berubah.Ketiadaan sistem pengangkutan awam menyebabkan penduduk dan pengunjung tidak memiliki sebarang pilihan melainkan untuk memandu ke pusat kota.Ini menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan jalan raya dan pencemaran yang boleh mencacatkan status George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Bagaimana mungkin para pengunjung ingin menikmati kota indah ini apabila jalan melimpah dengan kenderaan dan tempat letak kereta sulit ditemukan?Sebagai sebuah kota di atas pulau, seseorang dapat membayangkan atau mengharapkan George Town memiliki dataran tepian air untuk dinikmati orang awam.Namun, kebanyakan kawasan tepian air di dalam zon tapak warisan dunia UNESCO George Town dimiliki entiti swasta dan satu-satunya tepian air yang mudah dicapai oleh masyarakat ialah di Padang Kota Lama.Dengan giatnya kerja-kerja penambakan tanah di kawasan persisiran berhampiran Persiaran Gurney, kawasan yang dahulunya indah dengan pemandangan laut yang memukau kini hanya sekadar daerah dengan banyak bangunan tinggi, pusat membeli belah serta kafe-kafe, tidak lebih dari itu.Memang benar banyak gedung-gedung lama, gereja, masjid, tokong dan kuil yang dijaga baik.

Tetapi, tidak sulit untuk seseorang untuk menemukan beberapa bangunan usang yang kelihatan kusut di pusat kota George Town .Ini adalah suatu yang tidak patut dimiliki oleh kota bersejarah yang diiktiraf UNESCO ini.Daripada memfokuskan usaha terhadap kerja-kerja memperbaiki kemudahan pelancongan di sekitar kota George Town, tumpuan lebih diberikan kepada pembinaan bangunan kondominium pencakar langit yang mungkin kelihatan indah nian dari jauh, tetapi terlalu mahal untuk dimiliki penduduk tempatan.Selain daripada kerja-kerja penambakan tanah di Persiaran Gurney, terdapat juga projek pembinaan pulau buatan tidak jauh dari Teluk Kumbar, di selatan pulau mutiara ini.

Namun, Teluk Kumbar terletak jauh daripada kawasan warisan dunia George Town.Dalam sejarah penyenaraian tapak warisan dunia UNESCO, terdapat empat kawasan di dunia yang telah dinyah-tarafkan (satu dinyah-tarafkan secara separa) iaitu Liverpool di Britain, Arabian Oryx Sanctuary di Oman, Dresden Elbe Valley di Jerman dan Gereja Bagrati di Georgia.Antara sebab kawasan-kawasan ini dinyah-tarafkan adalah pembangunan tidak terkawal di dalam atau sekitar tapak warisan dunia serta kerja-kerja pengubahsuaian yang boleh menggugat keaslian dan nilai sejarah.Sebagai contoh, kawasan tepian air di Liverpool hilang taraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO akibat daripada pembangunan berleluasa yang memberi ancaman kepada kawasan bersejarah ini.Mengambil teladan daripada contoh ini, kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin boleh menilai semula dan mengawal projek pembangunan terutamanya yang terletak berdekatan tapak warisan di George Town.

Usaha kerajaan negeri Melaka memperindah kawasan bersejarah di kota Melaka perlu dicontohi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.Jangankan bangunan-bangunan bersejarah, kawasan di sekitar kompleks KOMTAR pun kelihatan usang tanpa penjagaan sewajarnya sekaligus tidak melambangkan George Town sebagai kota utama sebuah negeri yang sering digembar-gemburkan sebagai makmur dan kaya.Jauh sekali gahnya Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, Sarawak atau Masjid Biru di Shah Alam, Selangor (yang hampir seusia KOMTAR), jika dibanding mercu tanda yang sepatutnya menjadi kebanggaan George Town ini, selain gedung-gedung warisan yang bertebaran.Moga usaha berterusan terus dijalankan agar bangunan-bangunan bersejarah dan gedung-gedung warisan dijaga baik, dilengkapi kemudahan yang mesra pelancong, agar George Town terus terkenal indah perkasa sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang ulung.Kerajaan negeri Pulau Pinang dipimpin berdekad lamanya oleh pihak yang sering mendakwa mereka lebih cekap dan pintar dari yang lain. Maka buktikanlah.Tiba masanya George Town diperindah dengan lebih giat agar kota ini benar-benar terlihat gah di mata dunia sebagai kota warisan yang unggul.


* Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau juga adalah felo bersekutu kanan di Asian Institute of International Affairs and Diplomacy (AIIAD), Universiti Utara Malaysia.

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

Galabet Portobet Deneme Bonusu Galabetguncelgirisi Galabetonlinecasino Galabetonlineslotoyna