Anak Malaysia Ini Menjadi Pensyarah Pelawat Asia Tenggara Yang Pertama Di Rusia

https://blog.maukerja.my/ms/13734/anak-malaysia-ini-menjadi-pensyarah-pelawat-asia-tenggara-yang-pertama-di-rusia

Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, merupakan seorang anak Malaysia menjadi pensyarah Asia Tenggara yang pertama dijemput sebagai Pensyarah Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal Federal University (FEFU), di Vladivostok, Rusia.

Beliau dijemput disebabkan kepakarannya dalam undang-undang laut antarabangsa terutama di Selat Melaka dan Singapura. Kepakarannya itu diperlukan bagi mengembangkan sistem undang-undang laut di Rusia.

” Bermula daripada kajian PhD saya mengenai alam sekitar marin dan navigasi antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Singapure, pihak FEFU tertarik bagi mengembangkan perundangan antarabangsa dan penjagaan alam sekitar di Lautan Artik.” –  Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli.

Beliau juga merupakan seorang pensyarah kanan undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan lepasan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

” Saya akan gunakan kajian – kajian saya yang lepas untuk dikembangkan di Rusia. Bukan sahaja kajian mengenai perlindungan alam sekitar di laluan per kapalan artik, malah saya diberi peruntukan untuk menulis pelbagai kajian mengenai undang – undang laut.”

Menurut Dr Hazmi lagi, Rusia turut mengagumi negara kita kerana walaupun Malaysia bukan sebuah negara maritim yang besar tetapi kita berupaya mengawal aktiviti perkapalan dan melindungi alam sekitar di kawasan Selat Melaka.Tanpa kepakaran daripada Malaysia, ekonomi dunia akan terganggu kerana Selat Melaka merupakan antara laluan perkapalan yang tersibuk di dunia. 

Kat sana, beliau menyampaikan tiga syarahan termasuklah satu sesi motivasi kepada para pelajar di Rusia serta menyampaikan syarahan mengenai isu jerebu dan lautan yang berlaku di Asia Tenggara. Menurut Dr Hazmi, dia jugak taknak lepaskan peluang untuk mempromosikan Malaysia.

Galabet Portobet Deneme Bonusu Galabetguncelgirisi Galabetonlinecasino Galabetonlineslotoyna